Monday, 5 March 2012
Sunday, 4 March 2012
contoh surat panggilan
Tuan,
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Dimaklumkan
bahawa Unit Pembangunan Kapasiti Profesionalisme dan Penyelidikan
(UPK2P) akan menganjurkan Kursus
Penghasilan Blog seperti ketetapan berikut :-
Tarikh : 4 Mac hingga 7 Mac 2012
Tempat
: Makmal Komputer Kasturi BTPN
Kedah
Masa : 8.00 pagi hingga 10.30 malam
3. Sehubungan itu, tuan dijemput hadir.
4. Bersama-sama ini dilampirkan jadual kursus dan tuan dikehendaki membawa komputer
riba dan bahan-bahan maklumat tentang institusi tuan untuk digunakan semasa
kursus menghasilkan blog.
5. Untuk makluman tuan, makan,minum dan tempat penginapan
disediakan oleh BTPN Kedah secara pakej. Tuan layak membuat tuntutan lain
mengikut arahan pekeliling perbendaharaan yang sedang berkuat kuasa sekarang.
6. Pegawai Meja pakej kursus ini ialah Tuan Haji Khalid bin
Mahmud. Nombor talian yang boleh dihubungi ialah 0194733600. Emel khalid.btpnked@moe.edu.my.
6. Segala
kerjasama dan kesudian tuan bagi menjayakan kursus ini didahului dengan ucapan
terima kasih.
Sekian.
“
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”
“ TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI ”
(ROSNAH BINTI SAAD)
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Teknologi Pendidikan
Negeri
Kedah Darul Aman
Selamat Datang
Unit Pembangunan, Kapasiti, Profesionalisme, dan Penilaian, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan berkunjung ke blog rasmi unit ini.
Blog ini diketuaunitkan oleh Tn. Hj. Hashim bin Ab. Rahman. Bekerja bersama-sama Tn. Hj. Khalid bin Mahmud dan Tn. Hj. Helmi bin Hashim.
Blog ini insyaAllah akan sentiasa membantu tuan-tuan untuk memaparkan pelbagai maklumat berkaitan pembangunan keinsanan.
Subscribe to:
Posts (Atom)